0Item(s)
0 0

BIRKAH PERMAINAN HURUF

Product Code EH2078
Product Name: BIRKAH PERMAINAN HURUF
Category: HIKMAH SARJANA ENTERPRISE
Star Rating: Not Available
Printable: NO
Original Price: RM 16.00
After Discount: RM 15.20
  ECopy (PDF) via Email

BIRKAH PERMAINAN HURUF

Inovasi Permainan Birkah ini merupakan bahan bantu mengajar (BBM) untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran (PDP) bahasa asing. Pembelajaran bahasa asing yang dianggap sukar memerlukan tahap fokus dan komitmen yang tinggi daripada pelajar. Pelajar di peringkat asas bahasa Arab sering menghadapi kesukaran menyambung huruf tunggal bagi membentuk perkataan. Mereka juga sering lupa kosa kata dan ungkapan yang dipelajari.
Latih tubi yang diadakan dalam bentuk permainan akan menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Oleh itu inovasi bahan berasaskan permainan perlu diperbanyakkan dalam kalangan generasi sekarang lebih-lebih lagi kerana mereka sering terdedah kepada permainan digital dan kurang fokus terhadap pembelajaran. Sehubungan itu, inovasi Permainan Birkah menjadi bahan pembelajaran yang menarik untuk diperkenalkan kepada pelajar tahap awal pembelajaran bahasa Arab bagi membolehkan pelajar menyambung huruf, serta membentuk perkataan dan ungkapan mudah. Permainan ini menggunakan papan permainan (board game) dan memerlukan kemahiran tangan, kecepatan mata, tumpuan serta strategi untuk melengkapkan cabaran dan persaingan dalam tempoh tertentu bagi memperoleh ganjaran dan memenangi pertandingan. Dengan mewujudkan unsur keseronokan dan persaingan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan efektif.


Currently No Review