MARI MENGENAL HAIWAN
Buku MARI MENGENAL HAIWAN merupakan salah satu inisiatif untuk memperkenalkan kanak-kanak seawal 3 tahun hingga 5 tahun kepada bentuk bacaan umum. Pemilihan haiwan seperti arnab, beruang, gajah, zirafah dan lain-lain agak tepat memandangkan kanak-kanak pada usia ini mempunyai minat yang mendalam kepada haiwan. Dalam buku ini, kanak-kanak akan diperkenalkan dengan bahagian badan haiwan dan juga saiz objek. Teknik berulang digunakan bagi membantu kanak-kanak mengingat semula setiap anggota dan bentuk fizikal haiwan. Pengenalan haiwan adalah mengikut susunan abjad bagi memberi peluang kepada kanak-kanak mengenali huruf-huruf dalam bahasa Melayu walaupun masih belum boleh membaca.
Currently No Review