Bahasa Arab Kontemporari untuk Dhuyuffurahman adalah satu bahan yang dirangka untuk menjimatkan masa dan usaha dalam pengajaran dan pembelajaran. Fokus kepada tema Dhuyuffurahman lebih relevan dan berkesan untuk pelajar dewasa kerana ia fokus kepada keperluan sebenar mereka dalam konteks ibadah.
Bahan ini dibangunkan sebagai bahan bantu mengajar bahasa Arab khusus untuk golongan dewasa, terutamanya umat Islam yang akan menunaikan haji dan umrah. Ia dibina berdasarkan analisis keperluan dan prinsip andragogi dan menggunakan pendekatan DDR.